Projek – Sistem Keluar Masuk Pelajar

Published by faiz on

Sharing is caring!

sistem keluar masuk

sistem keluar masuk

Sistem ini mempunyai empat fungsi yang utama iaitu :

  1. Merekodkan aktiviti keluar masuk pelajar secara digital
  2. Penjaga atau ibu bapa kepada pelajar itu akan menerima notifikasi mesej di telefon pintar setiap kali pelajar itu keluar atau masuk.
  3. Pihak institut dapat melihat sejarah keluar masuk pelajar dengan paparan yang cantik dan mudah difahami
  4. Penjaga atau ibu bapa dapat melihat status terkini pelajar beserta lokasi semasa pelajar berada.

Hardware untuk sistem ini terdiri daripada:

  • Raspberry pi sebagai web client
  • Skrin LCD beserta touch skrin
  • Barcode reader

Hardware ini akan diletakkan di balai pengawal, pagar utama untuk keluar masuk pelajar. Jika tiada raspberry pi atau touch skrin, komputer biasa juga boleh digunakan. Hanya memerlukan sambungan barcode reader, tetikus dan papan kekunci.

Setiap kali pelajar ingin memasuki atau keluar dari institut, pelajar tersebut perlulah mengimbas barkod pada kad pelajar. Dalam sistem ini, barkod adalah nombor kad pengenalan pelajar tersebut. Contoh barcode :
Barcode boleh dihasilkan melalui web seperti: https://www.barcodesinc.com/generator/

ataupun barcode printer. Pastikan barcode tersebut adalah nombor kad pengenalan anda.

Sebelum menggunakan sistem ini, pelajar perlulah mendaftar dalam sistem ini.

daftar pelajar

daftar pelajar

Kepada ibu bapa atau penjaga jika ingin menerima notifikasi atau menyemak status semasa dan lokasi pelajar, juga perlu mendaftar di sistem ini.

daftar penjaga

daftar penjaga

Jika dilihat pada page daftar penjaga, kami memerlukan Telegam id kerana notifikasi mesej akan dihantar menggunakan Telegram app. Oleh itu di telefon ibu bapa perlulah mempunyai aplikasi Telegram.

Untuk mendapatka Telegram id, ikuti langkah berikut:

  • Search account berikut pada telegram.
telegram

telegram

  • Klik start seperti gambar di bawah.

  • Klik /GETID

  • Seterusnya anda akan menerima Telegram ID anda.

Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak status dan lokasi anak dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan password.

Lokasi pelajar hanya boleh dilihat jika pelajar tersebut memuat turun aplikasi yang dinamakan OwnTracks.

Pada app OwnTracks pilih PreferencesConnection

di bahagian Mode pilih Private HTTP.

seterusnya di Host masukkan url:

http://denshie.com/projek/sistem-keluar-masuk/loc.php?noic=xxxxxxxxxxxx

gantikan xxxxxxxxxxxx dengan nombor kad pengenalan pelajar. Perlu diingatkan bahawa app ini di muat turun pada telefon pelajar dan pelajar berkenaan boleh uninstall atau menukar setting sendiri. Oleh itu di sini persetujuan antara pelajar dan penjaga amatlah penting. Keputusan semakan adalah seperti berikut:

Seterusnya page statistik Pelajar adalah khas untuk kegunaan pihak institut. Page ini memaparkan jumlah semasa pelajar di dalam dan luar institut. Seterusnya rekod keluar masuk pelajar juga boleh didapati dengan mudah. Page ini dibuat public untuk tujuan demo sahaja. Page yang sebenarnya perlulah hanya boleh diakses oleh pihak yang berkenaan sahaja untuk menjaga kerahsiaan.

Demo projek ini boleh diakses di alamat:

https://denshie.com/projek/sistem-keluar-masuk/

Perlu diingatkan bahawa link di atas adalah untuk tujuan demo sahaja.

Untuk mendapatkan Source code secara percuma, email kepada faiz.lop@gmail.com atau komen ruangan di bawah.

Sharing is caring!