Projek – Paparan Info Masjid

Published by faiz on

Sharing is caring!

paparan utama

Projek kali adalah untuk paparan info yang boleh digunakan di sekolah, institut, mahupun masjid. Ciri-ciri projek ini adalah seperti berikut :

  • memaparkan waktu solat di tempat sesuatu tempat pada hari tersebut.
  • memaparkan tarikh masihi, tarikh hijrah dan waktu.
  • Slider gambar untuk tujuan memaparkan info dan maklumat. Slider ini boleh diubah, ditambah atau dipadam mengikut keperluan.
  • mempunyai scrolling text untuk memaparkan info atau maklumat dalam bentuk teks.
  • Berfungsi secara offline sepenuhnya. Maklumat seperti tarikh masihi dan waktu solat diperoleh secara kiraan.

Gambaran projek adalah seperti gambar di bawah:

Paparan info bergambar di sebelah kiri, maklumat seperti waktu semasa dan waktu solat di sebelah kanan dan scrolling teks di bahagian bawah.

Boleh layari https://denshie.com/projek/masjid/ untuk melihat demo projek (buka melalui mozilla atau chrome dan klik F11 untuk fullscreen).

Untuk mengubah setting, slider gambar atau scrolling teks bolehlah layari https://denshie.com/projek/masjid/setting/

Username : admin

Katalaluan : denshie

p/s : kiraan waktu solat memerlukan koordinat (latitut dan longitut) lokasi. Sila ubah di setting bahagian umum. Kiraan waktu solat ini hanya boleh digunapakai di Malaysia sahaja.

Elakkan dari upload gambar dan teks yang sensitif kerana boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

untuk source code sila hubungi faiz.lop@gmail.com atau komen di ruangan komen di bawah.

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan hosting untuk masjid info ini secara online di denshie.com. (Klik untuk maklumat)

https://denshie.com/masjid/

Terima kasih harap bermanfaat.

Sharing is caring!