Alamat
Tampin, 73000 Negeri Sembilan
Waktu Bekerja
Isnin to Jumaat: 8AM - 6PM
Alamat
Tampin, 73000 Negeri Sembilan
Waktu Bekerja
Isnin to Jumaat: 8AM - 6PM
Raspberry Pi Pico W adalah satu papan microcontroller yang banyak digunakan untuk pembelajaran dan kegunaan persendirian untuk membuat projek elektronik.
Gambar ini menunjukkan pinout bagi Raspberry Pi Pico W ini. Kelebihan Pi Pico W adalah WiFi dan Bluetooth yang telah tersedia untuk membuat projek yang melibatkan IoT.
Tutorial kali ini adalah untuk menerangkan kaedah membuat atur cara untuk Pi Pico W. Terdapat beberapa kaedah dan bahasa komputer yang boleh digunakan untuk membuat kod atur cara bagi Pi Pico W ini. Kaedah yang dipilih untuk tutorial kali ini adalah menggunakan bahasa Micropython dan perisian Thonny.
Sila muat turun file berikut:
Download perisian Thonny mengikut OS komputer anda.
Dwi-klik pada file thonny yang telah dimuat turun sebelum ini. Pada paparan Select Setup Install Mode boleh pilih Install for me only.
Untuk permulaan klik Next beberpa kali. Ada boleh tick apa-apa yang diperlukan bergantung kepada kehendak pada skrin.
Akhir sekali klik Install. Tunggu sehingga proses install selesai.
Setelah selesai proses install, jalankan perisian Thonny IDE.
Pilih Tab Interpreter.
Pilih tetapan seperti yang ditunjukkan oleh Rajah.
Kemudian cucuk Pi Pico W pada port USB dan klik pada Install or update Micropython.
pilih tetapan seperti dalam gambar dan klik Install. Proses ini memerlukan sambungan internet.
Jika paparan seperti gambar, tahniah anda berjaya setup Pi Pico W untuk dibuat atur cara menggunakan Micropython. Selepas ini kita boleh mulakan projek IoT pertama kita menggunakan Pi Pico W ini.
Taip kod seperti yang ditunjukkan oleh gambar sebelah.
Kemudian klik Run current script.
Anda dapat perhatikan yang LED Onboard pada Pi Pico W akan berkelip.
from machine import Pin
from time import sleep
led = Pin('LED', Pin.OUT)
while True:
led.value(1)
sleep(0.5)
led.value(0)
sleep(0.5)