Membina Website 2: WordPress theme free hosting domain

Spread the love

WordPress theme free hosting domain. Post ini adalah sambungan dari post sebelum ini tentang free wordpress hosting dan domain. Jika sebelum ini diterangkan tentang kaedah untuk mendapatkan free hosting dan domain untuk wordpress, kali ini akan diterangkan tentang kaedah untuk hiasi laman web wordpress ini untuk mendapat website yang cantik dan pelbagai fungsi.

login wordpress
  1. Layari laman website anda dengan meletakkan /wp-admin di belakang url. Contohnya website saya ialah https://kembaradigital.free.nf/wp-admin
  2. Masukan maklumat untuk login.
  3. Klik Login
dashboard wordpress
Dashboard WordPress

Image ditunjukkan adalah dashboard untuk wordpress. Inilah tempat untuk menukar rupa website, menambah fungsi website dan lain-lain berkaitan website. Langkah pertama adalah mengubah website supaya lebih cantik dan moden. Disini saya akan tunjukkan cara menggunakan template yang sedia ada. Kita hanya perlu mengubahnya mengikut citarase sendiri.

free hosting domain Astra theme
Install Astra theme

Mula-mula klik AppearanceThemes dan kemudia Install Astra theme. Seterusnya Activate Astra theme. Astra theme ada satu theme wordpress yang popular dan kerap digunakan.

Astra starter templates

Supaya mudah dan pantas dalam membuat website, saya sarankan untuk klik Let’s Get Started with Starter Templates. Selepas klik satu plugin akan diinstall dengan pelbagai pilihan starter templates. Ini berguna untuk kita terus gunakan theme yang telah siap sedia. Tinggal untuk edit dan masukkan content tentang website sahaja.

pilihan template starter

Klik Build with Templates untuk paparan seperti ini.

Pilihan starter templates
Pilihan Starter templates

Ada pelbagai starter template untuk dipilih. Jadi boleh pilih design mana yang sesuai dengan kehendak website anda. Sebagai contoh saya akan pilih template berikut:

free theme Portfolio CV
Template pilihan
pilihan color palette theme

Saya memilih template portfolio CV ini. Seterusnya boleh pilih font dan Color Palette. Boleh upload site logo jika ada. Seterusnya klik Continue.

Pilihan features

Free hosting dan domain tidak membenarkan untuk fungsi tambahan seperti ecomerce. Jadi biarkan default dan klik Continue.

Bina website
Building web

Tunggu sehingga website anda siap.

Siap website

Tahniah website anda telah siap. Anda boleh klik View Your Website untuk lihat hasilnya. Seterusnya masa untuk tukar ke kandunga website sendiri. Bagaimana caranya, tunggu post yang akan datang.

Jumpa lagi.