Alamat
Tampin, 73000 Negeri Sembilan

Waktu Bekerja
Isnin to Jumaat: 8AM - 6PM

Membina Website 1: Free Hosting Domain WordPress

Spread the love

Free hosting dan domain wordpress website. Pecuma!! Sila baca hingga akhir.

Apa khabar semua. Saya kini dalam proses untuk lebih kerap menulis posting dalam blog saya ini. Target saya untuk seminggu satu post.

Jadi topik kali ini ialah kaedah untuk membuat satu website e-commerce. Apakah itu website e-commerce? Website e-commerce merupakan satu website yang boleh menjual. Antara kelebihan website e-commerce ini ialah boleh beroperasi 24/7 dengan membawa maksud website ini akan beroperasi tanpa cuti. Anda boleh menjual apa sahaja di dalam website ini sama ada produk fizikal seperti baju, buku mahupun virtual seperti e-book, design template, source code.

Untuk memiliki satu website anda perlulah mempunyai:

  • Hosting ( satu tempat anda meletakkan file, image dan lain-lain untuk menghasilkan website )
  • Domain ( satu nama untuk website seperti htttps://nama-web.com/ )

Ada beberapa pakej untuk pembelian hosting dan domain ini dalam RM100 ke atas mengikut spesifikasi hosting yang dipilih. Berikut saya senaraikan beberapa pakej hosting:

pakej netkl
Pakej Netkl
pakej myduniahosting
Pakej mydunihosting
pakej hostinger
Pakej Hostinger

Selain dari contoh di atas ada banyak lagi pakej hosting yang ada. Setiap pakej ada pro dan con. Jadi rajin-rajinlah membuat perbandingan untuk mendapatkan pakej yang sesuai dengan anda.

Selain dari pakej berbayar ada juga pihak yang menawarkan pakej free hosting seperti https://www.infinityfree.com/. Namun saya tidak sarankan anda untuk menggunakan pakej hosting ini untuk menjalankan website e-commerce anda tetapi anda boleh gunakan sebagai satu medium untuk pembelajaran dalam pembangunan website dan membiasakan diri dalam setting dan dashboard. Jadi untuk tutorial kali ini saya akan menunjukkan langkah-langkah untuk membangunkan website e-commerce menggunakan infinityfree ini.

Langkah 1:

  1. Layari website https://www.infinityfree.com/
  2. Klik Register

langkah 2:

free hosting dan domain
  1. Isikan maklumat
  2. Klik Sign Up

Langkah 3:

verify email
  1. Satu verification akan dihantar ke email anda. Sila buka email dan klik Verify Email Address

Langkah 4:

  1. Layari website https://www.infinityfree.com/
  2. Klik Login

Langkah 5:

daftar free account
  1. Isi maklumat seperti yang didaftarkan sebelum ini.
  2. Klik Sign in. Anda akan dibawa masuk ke dashboard akaun anda.

Langkah 6:

buat account
  1. Klik pada Create Account

Langkah 7:

pilih free pakej
  1. Pilih pakej INFINITYFREE dan klik Create Now

Langkah 8:

pilih nama domain
  1. Pilih nama domain yang sesuai. Contoh saya memilih domain kembaradigital.free.nf
  2. Klik Check Availability

Langkah 9:

masukkan maklumat
  1. Lihat pada maklumat. Ubah jika memerlukan. Kemudian klik Create Account. Anda akan dibawa ke page tetapan akaun anda.

Langkah 10:

install ssl

Pada page tetapan akaun anda ini ada pelbagai tetapan yang boleh dibuat. Pertama sekali saya ingin memasukkan SSL cert ke website saya supaya website saya lebih selamat dan menyakinkan. Ini akan membuatkan website saya ini boleh dilayari dengan url https://kembaradigital.free.nf

  1. Klik pada SSL Certificates

Langkah 11:

  1. Klik pada manage

Langkah 12:

ssl
  1. Klik pada Add SSL Certificate
  2. Kemudian klik Request Free SSL Certificate

Langkah 13:

  1. Klik Create Order

Langkah 14:

  1. Klik pada Setup CNAME Records
  2. Mesej ini akan terpapar. Tunggu pengalaman saya dalam (10 minit) sehingga button Request Certificate enable. Boleh refresh website untuk lihat perubahan.

Langkah 15:

  1. Selepas seketikan button Request Certificate akan enable. Klik pada Request Certificate.

Langkah 16:

  1. Klik Install SSL Certificate Automatically. Kemudian tunggu dalam masa 15 minit untuk SSL Cert anda diaktifkan. Diingatkan bahawa SSL Cert ini sah untuk 3bulan sahaja. Selepas 3 bulan anda perlu ulang semula langkah ini untuk mendapatkan SSL cert ini. Ini salah satu kelemahan free hosting.

Langkah 17:

install wordpress free domain hosting

Langkah seterusnya adalah untuk install WordPress ke dalam hosting ini.

  1. Klik pada Softaculous Installer

Langkah 18:

  1. Klik Install

Langkah 19:

  1. Pilih https://
  2. Masukkan Admin Username dan Admin Password. ( Sila ingat untuk login ke wordpress admin nanti)
  3. Klik Install
wordpress hosting domain

Tahniah anda berjaya dapatkan domain, hosting dan install wordpress ke hsoting anda itu. Boleh layari website anda untuk lihat hasilnya. Contoh website saya ialah https://kembaradigital.free.nf/. Manakala url untuk page admin ialah https://kembaradigital.free.nf/wp-admin

free wordpress hosting domain
Paparan mula wordpress 2024

Ini adalah hasil website saya. Dengan free hosting domain wordpress ini anda boleh dapatkan website sama seperti saya. Post ini setakat ini dahulu. Saya akan sambung pada siri ke 2 kaedah untuk jadi website ini lebih menarik. Jumpa lagi di post seterusnya.

Sambungan…