Alamat
Tampin, 73000 Negeri Sembilan

Waktu Bekerja
Isnin to Jumaat: 8AM - 6PM

Paparan Sistem Digital Masjid

Spread the love

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tidak bersiaran di blog sendiri ini. Sudah bersawang nampaknya. Sebagai permulaan saya akan kemaskini paparan sistem digital untuk memaparkan waktu solat. Sistem ini boleh digunakan di masjid, surau, pejabat mahupun rumah. Sistem ini adalah dari projek sebelum ini. Boleh layari pautan berikut https://denshie.com/projek-paparan-info-masjid/

Sistem ini adalah berasaskan web. Jadi pengguna tidak perlu install apa-apa app lain untuk menggunakan sistem ini. Paparan sistem boleh gunakan peranti seperti raspberry pi, android box mahupun mini PC yang boleh menjalankan web browser.

Demo bagi projek sistem paparan digital masjid ini boleh layari pautan berikut:

https://demomasjid.denshie.com/

Admin page:

username: admin

password: ajk

Berikut beberapa pembaharuan yang telah saya masukkan pada sistem ini.

  • paparan solat kini dikemaskini. Boleh rujuk kepada gambar-gambar yang disediakan. Lebih bewarna-warni. (saya bukanlah seorang yang pandai design. Harap boleh terima design saya ini)
  • Kini anda boleh masukkan video youtube ke dalam silde untuk slide lebih interaktif.
  • kemaskini backend sistem.

Seperti biasa, untuk dapatkan source code sistem ini secara percuma boleh email saya di faiz.lop@gmail.com atau boleh berikan komen di bawah ini.

Harapan saya semoga aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Berikut adalah beberapa gambar paparan untuk sistem ini.

Contoh sistem paparan digital 1
Contoh sistem paparan digital 2