Alamat
Tampin, 73000 Negeri Sembilan
Waktu Bekerja
Isnin to Jumaat: 8AM - 6PM
Alamat
Tampin, 73000 Negeri Sembilan
Waktu Bekerja
Isnin to Jumaat: 8AM - 6PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah lama juga saya tak bersiaran di blog ini. Hari ini saya nak cerita sedikit tentang satu webapp yang baru saya siapkan, yang saya namakan Pengurus Media Sosial.
Teknologi sekarang bergerak memang laju. Kadang-kadang rasa macam tak sempat nak kejar.
Kalau dulu ramai orang sibuk mengejar trend hardware seperti telefon pintar terbaru, sekarang nampaknya trend sudah banyak beralih kepada software pula. Terutamanya AI.
ChatGPT, Claude dan macam-macam lagi muncul dengan fungsi yang semakin canggih.
Tahun ini pun harga hardware PC nampaknya semakin terasa. Saya sebenarnya ada rancangan nak tambah RAM laptop daripada 16GB yang digunakan sekarang. Tapi bila tengok harga RAM, terus terbantut sekejap rancangan tu. 😅
Antara sebabnya ialah permintaan hardware yang tinggi untuk pembangunan pusat data AI.
Memandangkan banyak perkara dalam dunia teknologi sekarang berkisar tentang AI, saya pun ambil kesempatan untuk cuba gunakan teknologi ini dalam projek-projek saya.

Saya akhirnya langgan ChatGPT Plus.
Kesan yang paling saya rasa ialah kerja-kerja coding untuk menghasilkan webapp menjadi jauh lebih mudah.
Sebelum ini, kalau saya nak hasilkan satu webapp, boleh ambil masa berminggu-minggu. Bukan sekadar coding, nak test satu-satu fungsi pun mengambil masa.
Sekarang keadaannya agak berbeza.
Saya boleh terangkan apa yang saya nak melalui prompt dan AI akan bantu menghasilkan sebahagian besar kod yang diperlukan.
Boleh dikatakan proses pembangunan yang sebelum ini mengambil masa berminggu boleh dipendekkan dengan banyak. Ada projek yang asasnya boleh siap dalam masa sehari.
Tapi bukan bermaksud saya hanya bagi prompt dan terus siap. 😄
Kerja saya lebih banyak tertumpu kepada menguji sistem, mencari masalah, memberi arahan pembetulan dan memperincikan fungsi sehingga aplikasi betul-betul berfungsi seperti yang saya mahu.
Kalau nak bagi anggaran secara mudah, mungkin 90% kerja pembangunan dibantu AI dan 10% lagi saya gunakan untuk menguji, membetulkan dan memperincikan aplikasi.
Sepanjang sebulan menggunakan ChatGPT Plus, saya sempat siapkan beberapa webapp.
Salah satunya ialah projek yang saya nak kongsikan kali ini.
Sebenarnya saya bukanlah orang yang rajin sangat mengemaskini media sosial.
Ada Facebook, Instagram dan Threads, tetapi nak fikir apa yang hendak dipost setiap hari itu yang menjadi masalah.
Jadi saya fikir, daripada saya yang uruskan semuanya secara manual, apa kata saya buat satu sistem untuk bantu uruskan media sosial tersebut.
Maka terhasillah Pengurus Media Sosial.

Fungsi kerja webapp adalah seperti berikut:

Webapp ini saya bina untuk menguruskan page Facebook, Instagram dan Threads dalam satu sistem.
Antara fungsi utamanya ialah menggunakan AI untuk menghasilkan kandungan media sosial.
AI akan menghasilkan cadangan kandungan berdasarkan arahan dan tetapan yang saya berikan.
Saya tidak terus biarkan AI post sesuka hati.
Setiap kandungan yang dijana akan masuk ke dalam sistem dan saya boleh pilih sama ada:
Kalau saya terima, kandungan tersebut akan dipost ke media sosial mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Kalau tak suka, saya tolak atau edit dahulu.
Selain menghasilkan post, sistem ini juga boleh membaca komen yang masuk dan membantu menghasilkan balasan menggunakan AI.
Jadi konsepnya lebih kurang begini:
AI jana → saya semak → terima → sistem post → AI bantu urus komen.
Buat masa ini saya menggunakan API AI percuma daripada Groq untuk menghasilkan kandungan teks dan API AI daripada Cloudflare untuk menghasilkan imej.
Selagi API percuma ini masih boleh digunakan, kita manfaatkan dulu. 😄
Harapnya percuma itu kekal lama.
Tujuan utama webapp ini mudah sahaja.
Saya nak kurangkan kerja manual mengurus media sosial.
Dengan adanya sistem ini, saya tak perlu sentiasa buka Facebook, Instagram atau Threads untuk fikir apa nak post.
Sistem akan berjalan secara automatik di background.
Setiap hari saya cuma perlu luangkan masa seminit dua untuk semak kandungan yang dijana.
Kalau sesuai, saya luluskan.
Kalau tak sesuai, saya edit atau tolak.
Selepas itu, biarkan sistem menjalankan tugasnya.
Jadi selepas ini kalau nampak saya tiba-tiba rajin post di media sosial, jangan terkejut. 😆
Bukan saya yang tiba-tiba rajin.
Ada sistem yang tolong buat.
Antara paparan yang terdapat dalam webapp ini ialah dashboard pengurusan media sosial.
Di bahagian kandungan, saya boleh melihat post yang telah dijana oleh AI dan membuat tindakan seperti:
Ada juga bahagian untuk operasi automatik yang menjalankan arahan di background.
Untuk tetapan pula, saya boleh memilih model AI yang digunakan dan menetapkan prompt sendiri.
Ini penting kerana hasil yang dijana AI banyak bergantung kepada arahan yang diberikan.
Kalau prompt terlalu umum, hasilnya pun mungkin terlalu umum.
Jadi saya boleh ubah prompt mengikut gaya kandungan yang saya mahu.
Berikut adalah beberapa antaramuka untuk sistem yang dihasilkan ini:

Paparan kandungan yang dijana oleh AI. Boleh edit, luluskan atau tolak post tersebut.

Operasi automatik untuk jalankan arahan background.

Tetapan sistem. Boleh pilih model AI atau prompt sendiri untuk dapatkan hasil yang diingini.
Setakat artikel ini ditulis, sistem baru berjalan selama 4 hari.
Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan fungsi yang dirancang dapat digunakan seperti yang sepatutnya.
Saya letakkan sistem ini di hosting denshie.com yang saya gunakan sendiri dan aksesnya terhad kepada saya.
Menariknya, keperluan sistem ini tidak terlalu tinggi.
Ia boleh berjalan pada hosting biasa yang menyokong PHP dan MySQL, jadi tidak memerlukan server yang mahal untuk bermula.
Keperluan asasnya ialah:
max_execution_time sekurang-kurangnya 120 saatBahagian yang agak mencabar sebenarnya bukanlah pemasangan PHP atau MySQL.
Yang lebih teknikal ialah bahagian Meta Developer kerana perlu menyediakan sambungan API, OAuth dan webhook untuk Facebook, Instagram dan Threads.
Untuk orang yang biasa dengan pembangunan web, perkara ini boleh dibuat. Tetapi untuk pengguna biasa, proses setup mungkin agak mengelirukan.
Buat masa ini webapp pengurus media sosial ini saya gunakan untuk kegunaan sendiri.
Kalau ada yang berminat nak cuba atau nak tahu lebih lanjut tentang sistem ini, boleh hubungi saya.
Saya boleh cuba bantu dari segi pemasangan dan konfigurasi.
Mungkin akan ada sedikit bayaran dikenakan sekadar untuk menampung kos langganan ChatGPT dan perkhidmatan API yang digunakan.
Yang penting, projek ini bagi saya satu lagi pengalaman menarik menggunakan AI untuk menghasilkan sesuatu yang sebelum ini saya fikir agak leceh untuk dibangunkan.
Dulu nak buat webapp sendiri kena fikir lama, coding lama dan test lama.
Sekarang AI sudah banyak membantu mempercepatkan proses tersebut.
Bukan bermaksud programmer dah tak diperlukan.
Cuma cara kita membangunkan software sudah berubah.
Dan saya rasa perubahan ini baru bermula.