SemakOMR: Sistem app untuk semak jawapan pelajar

Spread the love

Selain mengajar, antara tugasan penting seorang yang bergerlar pengajar adalah menanda kertas ujian pelajar. Kalau di tempat saya bekerja ni biasanya ujian akhir sem akan dijalankan dalam format tersendiri dan pelajar perlu menjawab soalan objektif dalam borang OMR.

Jawab guna borang OMR tetapi semak bukan dengan guna mesin OMR, tapi secara manual oleh kami para pengajar. Jadi saya terfikir untuk mudahkan kerja semakan OMR itu dengan menggunakan teknologi. Maka terhasil app berasaskan web dan PWA untuk telefon SemakOMR sistem app semak borang omr.

Apa itu SemakOMR?

SemakOMR merukan satu app berasaskan web yang bertujuan untuk memudahkan proses menanda kertas jawapan pelajar di borang OMR. Sebelum ni saya perlu buat satu skema jawapan biasanya tebuk lubang di kertas OMR tu. Kadang kalau malas tebuk, saya tekap jawapan pelajar dan skema letak atas lapisan kaca dengan lampu di bawahnya. Kaedah ini biasanya mengambil masa sekitar 1 minit untuk satu helaian jawapan OMR. Kalau ramai pelajar penat juga la hendak menanda jawapan tu.

Jadi tahun ini saya hendak mencuba kaedah scan guna phone pula. Jadi saya bangunakan app ini dengan bantuan Cloude + antigravity. Dengan bantuan Ai nak buat app sekarang menjadi sangat mudah. Walaupun saya ada pengalaman buat app nak buat app begini rasanya makan masa berminggu-minggu juga kalau nak bangunkan sendiri. Tetapi dengan bantuan Ai, 2 hari dan siap app ni. Pantas dan hasilnya setakat ini memuaskan hati saya. Berdasarkan pengujian saya 1 helaian OMR mengambil sekitar 5 saat untuk ditanda dengan menggunakan app SemakOMR ini.

Langkah menggunakan app

Kaedah gunakan app ni saya rangka untuk semudah yang mungkin. Hanya perlukan 3 langkah ringkas.

  1. Upload borang OMR sedia ada, tandakan bubble ruangan jawapan untuk hasilkan template OMR atau boleh gunakan template yang terbina dalam sistem ini.
  2. Cipta modul atau subjek dan jawapan untuk set soalan ini.
  3. Scan jawapan di OMR dengan gunakan telefon.

Tiada jawapan dan markah pelajar yang akan disimpan dalam app ini. Skrin telefon hanya akan paparkan markah untuk jawapan pelajar tersebut. Jadi pengajar boleh terus tulis markah pelajar di OMR pelajar itu.

Disertakan juga app untuk phone versi PWA untuk capaian mudah kepada sistem semakOMR ini. Jadi kalau ada yang berminat nak guna boleh daftar di pautan berikut.

https://semakomr.denshie.com/

Atau kalau nak minta source code untuk host sendiri boleh hubungi saya.

App ni masih di fasa permulaan jadi mungkin ada banyak bug. Sebarang cadangan, teguran untuk tambah baik app ini boleh hubungi saya melalui komen di bawah.