Raspberry Pi Web Server : Apache, PHP, MySQL & PHPMyAdmin

Published by faiz on

Sharing is caring!

Jadikan Raspberry Pi sebagai web server adalah begitu mudah.

Sebelum kita install apa-apa melalui APT adalah eloknya jika update dan upgrade Raspberry Pi ke versi terkini. Klik pada terminal dan jalankan arahan berikut:

sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

 

Install APACHE

Pada terminal jalankan arahan berikut:

sudo apt-get install apache2 apache2-doc apache2-utils

Arahan ini akan install apache 2 versi terkini beserta dokumentasi dan utilities.

Setelah selesai install mari kita menguji server.

Dapatkan IP Address raspberry dengan arahan:

ifconfig

buka web browser dan masukkan Raspberry Pi IP pada ruangan address. Jika paparan seperti di bawah bermaksud install Apache berjaya.

 

Install PHP

PHP adalah server scripting language yang popular untuk membangunkan web. Contohnya Facebook yang dibangunkan menggunakan PHP.

Install PHP5 dengan arahan berikut:

sudo apt-get install libapache2-mod-php5 php5 php-pear php5-xcache

Install MySQL

Kita juga akan install MySQL. MySQL adalah open source Database yang popular dan sering digunakan dalam pembangunan web.

Pertama sekali jalankan arahan berikut untuk mendapatkan extension MySQL untuk PHP

sudo apt-get install php5-mysql

seterusnya jalankan arahan berikut:

sudo apt-get install mysql-server mysql-client

Seterusnya anda akan diminta untuk memasukkan password untuk root.

Masukkan password dan enter. Kemudian masukkan password sekali lagi untuk pengesahan.

Seterusnya adalah untuk mendapatkan owner permission untuk folder /var/www/html.

jalankan arahan berikut:

sudo chown pi: . /var/www/html

Seterusnya adalah pengujian web.

pertama sekali pergi ke /var/www/html dan delete fail index.html atau jalankan arahan berikut:

sudo rm /var/www/html/index.html

Dengan menggunakan Geany taip code php berikut:

<?php
echo date('Y-m-d H:i:s');  //show current date and time
?>

Save di /var/www/html dengan nama index.php

Buka web browser, taipkan Raspberry Pi IP pada address dan enter. Jika paparan seperti di bawah bermaksud proses install anda berjaya.

Install PHPMyAdmin

Akhir sekali adalah untuk install PHPMyAdmin. PHPMyAdmin adalah satu web interface yang digunakan untuk memanipulasi database MySQL.

Jalankan arahan berikut:

sudo apt-get install phpmyadmin

Kamu akan diminta untuk memasukkan password MySQL. Masukkan password seperti yang diset ketika install MySQL.

Seterusnya anda perlu edit konfigurasi Apache2 supaya membenarkan penggunaan PHPMyAdmin.

Jalankan arahan berikut:

sudo editor /etc/apache2/apache2.conf

di bahagian bawah sekali paste:

Include /etc/phpmyadmin/apache.conf

Kemudian restart Apache2 dengan arahan berikut pada terminal:

sudo /etc/init.d/apache2 restart

Buka browser taip [raspberry pi IP]/phpmyadmin

username:root

password:[MySQL password]

Sharing is caring!


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *